Dua maut kemalangan di LPT1 - Utusan Malaysia

Dua maut kemalangan di LPT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 23 Jun – Dua penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 233.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini, tengah malam tadi.

Mangsa, Hamzah Hitam, 77, dan cucunya Muhammad Hairi Kosni, 18, meninggal dunia ditempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu.

Kemalangan itu turut menyebabkan enam yang lain cedera manakala empat lagi dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika MPV jenis Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga dalam perjalanan dari Rengit, Johor menghala ke Kelantan.

Katanya, ketika sampai ditempat kejadian, pemandu Perodua Alza itu memperlahankan kenderaannya sebelum dirempuh Toyota Hilux yang datang dari arah belakang.

“Akibat rempuhan kuat, MPV itu mengelongsor lalu melanggar sebuah lagi MPV yang berada di hadapan di lorong kiri jalan.

“Dua mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kamarulzaman berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN