Dua mangsa parah Perodua Kancil terbabas sendiri - Utusan Malaysia

Dua mangsa parah Perodua Kancil terbabas sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR – Dua individu termasuk seorang wanita cedera parah dipercayai tersepit selepas kenderaan jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kampung Limputung di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa wanita dikatakan parah pada bahagian muka dan kaki manakala lelaki pula cedera pada dada.

Bagaimanapun, maklumat lengkap mengenai kedua-dua mangsa masih belum diperoleh.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, seramai 10 anggota dan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.42 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian yang terletak empat kilometer dari BBP Papar, kami mendapati sebuah Perodua Kancil yang dinaiki mangsa terjunam ke dalam parit disyaki terbabas sendiri.

“Bagaimanapun, lelaki dan wanita tersebut telah berjaya dikeluarkan orang awam sebelum kehadiran pihak bomba,” katanya hari ini.

Kedua-dua mangsa seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Papar dekat sini untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.05 tengah hari. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN