Dua mangsa hilang ketika memancing ditemui mati lemas - Utusan Malaysia

Dua mangsa hilang ketika memancing ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARUDI –  Mayat dua cucu yang hilang bersama datuknya ketika memancing di Jeti Sungai Baram ditemui mati lemas berhampiran dengan  lokasi dipercayai mereka jatuh semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, mayat Mohd. Zafril Wasli, 13, ditemui pukul 1.03 petang manakala Mohd. Alyee Ong Zulkifli, 14, dijumpai satu jam kemudian.

“Mayat pertama ditemui orang kampung manakala pasukan Skuba Bomba Zon Miri pula menjumpai Mohd. Alyee.

“Operasi mencari dan menyelamat berdepan cabaran besar berikutan sungai itu sangat dalam melebihi lapan meter dengan tahap penglihatan sifar ketika menyelam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Semalam, seorang datuk ditemui lemas manakala dua cucunya hilang ketika mereka pergi memancing di atas bot ekspres yang berlabuh di Jeti Sungai Baram.

Mayat Sujai Jaraee,72, ditemui terapung di tepi bot ekspres di jeti berkenaan pukul 7 pagi. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN