KANOWIT – Dua daripada tiga bersaudara yang hilang selepas dihanyut arus deras petang kelmarin di Sungai Poi, Nanga Ulin di sini ditemui mati lemas pagi tadi.
Mangsa, Henry Tataw, 28, dijumpai pada jarak 2 kilometer (km) dari lokasi kejadian, manakala Rederict Benediet Rody, 12, ditemui 10km dari lokasi terakhir dia hilang.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mayat kanak-kanak itu dijumpai pukul 9.45 pagi disusuli Henry lima minit kemudian.
“Kedua-dua mangsa sudah diserahkan kepada polis pukul 10.50 pagi tadi untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. – K! ONLINE










