KUANTAN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Seri Mohd. Soffi Razak dan ADUN Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Kiram hari ini dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco) bagi Penggal Ke-14. Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Jawatan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abdulaziz di sini. Turut hadir pada majlis istiadat tersebut termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, lapan Exco yang dilantik sebelum ini dan barisan ADUN.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya