Dua Ketua UMNO bahagian menang tanpa bertanding - Utusan Malaysia

Dua Ketua UMNO bahagian menang tanpa bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 30 Jun – Sebanyak dua daripada lapan ketua UMNO bahagian di negeri ini menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka ialah Datuk Jalaluddin Alias, 53, yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu dan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa, 48, yang naik pangkat daripada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin.

Penyandang Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian berkenaan yang menyaksikan semua jawatan diisytiharkan menang tanpa bertanding melalui satu muafakat yang diatur antara mereka.

Dalam perkembangan sama, empat ketua UMNO bahagian akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Mereka ialah Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan, 62, yang berdepan saingan Datuk Mohamad Rais Zainuddin, 62, manakala Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Mohd. Salim Sharif, 52, dicabar bekas ketua bahagian itu, Datuk Lilah Yasin, 61.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim, 59, dan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi, 58, pula masing-masing menghadapi persaingan empat penjuru.

Dua pemimpin bahagian tidak mempertahankan jawatan tersebut iaitu Ketua UMNO Bahagian Port Dickson, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 68, yang mengetuai bahagian itu sejak akhir 70-an dan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Abu Ubaidah Mohd. Redza, 66. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN