Dua gol lewat julang Brazil - Utusan Malaysia

Dua gol lewat julang Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT-PETERSBURG – Brazil dipaksa mengerah seluruh keringat sebelum mencatatkan kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Costa Rica 2-0 dalam aksi kedua Kumpulan E malam tadi.

Keputusan positif itu jelas memberikan kelegaan kepada skuad Samba tersebut selepas dikejutkan dengan keputusan seri 1-1 bertemu Switzerland dalam aksi pembukaan minggu lalu.

Bermain di Stadium Saint Petersburg, pasukan bimbingan Tite turun mempamerkan persembahan bertenaga dengan melancarkan serangan tetapi benteng pertahanan Costa Rica berjaya mematahkan jentera serangan Brazil yang diketuai Neymar, Gabriel Jesus dan Willian.

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan berjaya dijelmakan dalam aksi separuh masa pertama di sebalik penguasaan penuh skuad Brazil dalam aksi tersebut.

Bersambung di separuh masa kedua, Brazil menggandakan ­usaha mereka untuk mencari kemenangan sebagai usaha untuk memburu ke peringkat kalah mati.

Ketika permainan dilihat berkesudahan dengan keputusan tanpa jaringan, Philipe Coutinho memastikan skuad Samba meraih kemenangan sulung di bumi Rusia selepas pemain tengah Barcelona itu memanfaatkan hantaran Jesus pada masa kecederaan.

Neymar menambah derita Costa Rica apabila meledak gol kedua buat Brazil sekali gus me­nyaksikan pasukan bimbingan Tite kembali bernafas dengan meraih empat mata sepanjang dua perlawanan peringkat Kumpulan E.

Brazil akan menamatkan kempen peringkat kumpulan bertemu Serbia manakala Costa Rica bakal menentang Switzerland pada Khamis ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN