Dua cincin lekat pada jari manis - Utusan Malaysia

Dua cincin lekat pada jari manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI – Seorang wanita terpaksa menahan ke­sakitan lebih 12 jam apabila dua bentuk cincin emas yang dipakainya pada jari manis kiri gagal ditanggalkan sejak malam kelmarin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Saini Manaf berkata, wanita berusia 45 tahun itu kemudian hadir sendiri ke balai bomba di sini bagi meminta bantuan memotong cincin tersebut pada pukul 8.45 pagi selepas tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya.

“Mangsa menyedari jarinya mula membengkak selepas memakai cincin tersebut pada malam semalam (kelmarin).

“Anggota dimaklumkan mangsa telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin tersebut. Namun, usahanya tidak berhasil sehingga dia mengambil keputusan meminta bantuan daripada bomba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN