KUALA PILAH 18 Jun – Sebuah lori tangki membawa muatan 20,000 liter diesel terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 6 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, sekali gus mengakibatkan tumpahan bahan api tersebut berhampiran Kampung Pelangai Hilir di sini hari ini. Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, kejadian pada pukul 7.50 pagi itu berlaku apabila lori tangki yang dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Batu Kikir cuba mengelak sebuah…










