PONTIAN 23 Jun – Dua beranak terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Pontian-Kukup dekat Pekan Telok Kerang, dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, mangsa ialah Norasmah Ab. Karim, 37, dan anaknya, Muhammad Azqullah Azhar, 4. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pukul 10.10 malam itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Pontian ke Serkat melanggar kenderaan…










