WASHINGTON – Sebuah drama tebusan di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) berakhir kelmarin dengan kematian empat kanak-kanak di tangan seorang lelaki bersenjata yang juga membunuh diri, kata polis. Tragedi itu bermula Ahad lalu apabila polis bertindak selepas menerima aduan tentang keganasan domestik di sebuah pangsapuri dan seorang anggotanya ditembak. Anggota tersebut masih kritikal. Suspek terus bersembunyi di dalam pangsapuri itu sepanjang malam dan seharian kelmarin bersama kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berumur 1, 6, 10 dan 11 tahun. “Sebentar tadi, kami berjaya masuk ke dalam pangsapuri itu. Kami menemui keempat-empat kanak-kanak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya