Dr. Mahathir menghadap Sultan Kedah - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir menghadap Sultan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Tun Dr. Mahathir Mohamad julung kalinya menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini hari ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kali kedua pada 10 Mei lepas.

Dr. Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamd Ali tiba di istana itu pada pukul 1.50 tengahari dan pertemuan yang berlangsung selama 90 minit dengan baginda turut disertai Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Dr. Mahathir memohon menghadap Sultan Sallehuddin sempena lawatan tiga hari ke negeri itu.

Terdahulu, rakyat pelbagai kaum menyambut meriah kepulangan Dr. Mahathir bersama isteri beliau di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini tengah hari tadi.

Mereka turut membawa sepanduk tertera perkataan ‘Selamat Datang Perdana Menteri ke Kedah’ dan ‘Tahniah Tun PM Malaysia ke-7’. Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN