WASHINGTON 21 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memutuskan untuk menamatkan dasar yang memisahkan keluarga pendatang di sempadan negara ini dengan Mexico selepas perkara itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak. Keputusan itu dibuat selepas lebih 2,300 kanak-kanak pendatang dipisahkan daripada ibu bapa atau penjaga mereka ketika memasuki negara ini secara haram sejak 5 Mei lalu dan ditempatkan di khemah-khemah khas selain tidak dibenarkan berhubung dengan ahli keluarga lain. Jelas…










