GUA MUSANG 26 Jun – Seorang pekerja kongsi yang hilang selama dua hari di kawasan hutan dekat Kampung Kundur di sini, ditemukan selamat pada pukul 12.30 tengah hari ini. Wong Wei Keong, 35, ditemukan dalam keadaan lemah dan kelaparan di atas bukit di kawasan kebun getah itu oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas dilaporkan hilang sejak pukul 8.10 pagi kelmarin. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Pegawai Bomba…










