Diskaun tol 50 peratus PLUS, LPT2 sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Diskaun tol 50 peratus PLUS, LPT2 sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) memberi diskaun tol sebanyak 50 peratus pada Rabu dan Khamis ini (13 dan 14 Jun) sempena sambutan Aidilfitri.

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata, pemberian diskaun itu berkuat kuasa dari pukul 12.01 pagi Rabu (13 Jun) hingga pukul 11.59 malam Khamis (14 Jun).

“Diskaun ini ditawarkan untuk semua kelas kenderaan. Ia diberikan kepada pengguna secara langsung ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol dalam tempoh tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, sekiranya pengguna mula memasuki lebuh raya pada pukul 8 malam Selasa (12 Jun) tetapi keluar dari lebuh raya dan membuat bayaran tol pada pukul 1 pagi Rabu (13 Jun), mereka akan menikmati diskaun tersebut,” kata kenyataan itu.

Diskaun itu merangkumi pembayaran tol di semua plaza tol di lebuh raya PLUS dan LPT2 kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor.

Sementara itu, Jambatan Pulau Pinang mengenakan kadar tol sebanyak 70 sen bagi kelas kenderaan satu, kelas kedua (RM3.50), kelas ketiga (RM6), kelas keempat (RM12.50), kelas kelima (RM22.50), kelas keenam (RM30) dan kelas ketujuh (RM37.50) pada 13 dan 14 Jun ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini