Diskaun tol 50 peratus di Lebuh Raya Karak, LPT1 sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Diskaun tol 50 peratus di Lebuh Raya Karak, LPT1 sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Anih Berhad, syarikat konsensi Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) menawarkan potongan 50 peratus kepada semua jenis kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan sempena sambutan Aidifitri yang dijangka Jumaat ini.

Ketua Pengurusan Anih Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata, pemberian diskaun itu bermula pada 12.01 pagi Rabu (13 Jun) hingga 11.59 malam Khamis (14 Jun).

“Ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemberian diskaun tol sempena Aidilfitri baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, seperti tahun-tahun sebelum ini, Anih Berhad turut menyediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan kepada pengguna yang ingin kembali pulang beraya ke pantai timur.

TTA itu juga secara langsung, katanya dapat membantu mengelakkan kenderaan bertembung pada sesuatu masa yang sama di plaza tol, khususnya Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak sehingga menyebabkan kesesakan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini