Dira, Zahida bersaing rebut jawatan - Utusan Malaysia

Dira, Zahida bersaing rebut jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Exco Pu­teri UMNO, Dira Abu Zahar semalam mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pu­teri UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Dira membuat pengumuman itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram setiakawannajib­razak.

Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mohon sokongan daripada sahabat-sahabat, kawan-kawan dan ahli UMNO seluruh negara untuk sama-sama membangunkan semula parti dan meneruskan perjuangan orang Melayu menerusi UMNO,” katanya.

Bekas selebriti yang juga anak Allahyarham bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Abu Zahar Ithnin itu bakal bersaing dengan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang turut mengesahkan bertanding jawatan tertinggi sayap Puteri itu.

Ketika dihubungi Kosmo! Zahida yang juga Ke­tua Puteri UMNO Bahagian Pandan berkata, beliau ingin memperkukuhkan parti dengan melaksanakan agenda transformasi selaras de­ngan angin perubahan politik negara.

Sementara itu, desas-desus sama ada Datuk Mas Ermieyati Samsudin bakal mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO hanya akan diketahui pada 10 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini