Din Adam masih diberi kepercayaan - Utusan Malaysia

Din Adam masih diberi kepercayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 30 Jun – Datuk Din Adam memperlihatkan beliau masih diberi kepercayaan oleh ahli untuk mencorak masa depan parti dengan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO bahagian Dungun dalam pemilihan yang diadakan di Mayang Sari Resort, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
DIN ADAM
DIN ADAM

Beliau  yang menawarkan diri bagi penggal kedua dicabar oleh bekas timbalannya, Roslee Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Bukit Besi.

Din, bekas calon bagi Parlimen Dungun dalam Pilihan Raya Umum Ke-14   (PRU-14) memperoleh 455 undi  berbanding pesaingnnya yang cuma meraih 126 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru dimenangi oleh bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Besi, Azhar Jambul yang memperoleh 379 undi manakala dua lagi pencabarnya, Abdul Aziz Ismail meraih 223 undi dan Ahmad Kamal Abdullah sebanyak 126 undi.

Jawatan Naib Ketua UMNO bahagian yang turut melibatkan pertandingan tiga penjuru, dimenangi oleh Ahmad Jelani Abdul Ghani yang memperoleh 422 undi manakala pencabarnya, Mohd Asri Mohammad memperoleh  293 undi dan Zulkifli Harun 50 undi.

Bagi Din, kemenangannya pada kali ini merupakan sesuatu yang bermakna bagi dirinya kerana masih lagi diberi kepercayaan untuk menerajui  setelah parti sekali lagi hanya mengekalkan satu kerusi DUN dalam PRU-14.

Menurut beliau, tumpuannya sekarang ialah untuk memperkasakan kembali parti tersebut melalui proses penyatuan dan bergerak dengan lebih berkesan bagi  mendapatkan kembali keyakinan masyarakat dalam perubahan arus politik.

Din berharap setiap ahli  dapat melupakan episod hitam PRU-14 setelah kuasa negeri dan Pusat terlepas dengan kembali mengukuhkan semangat untuk bangkit semula.

“Kita akan mula bergerak untuk memperkasakan kembali UMNO secara menyeluruh sebagai satu parti yang berterusan membela nasib orang Melayu dan Islam yang kian tercabar, ” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN