Didenda RM100 main mercun hingga akibatkan kematian kanak-kanak - Utusan Malaysia

Didenda RM100 main mercun hingga akibatkan kematian kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 28 Jun – Seorang penyelia ladang didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi kerana membakar bunga api hingga mengakibatkan seorang kanak-kanak meninggal dunia pada malam pertama Hari Raya Aidilfitri lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majistret Mazana Sinin turut mengarahkan tertuduh, Nor Isham Tukiman, 35, yang membuat pengakuan bersalah dipenjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasang bunga api tanpa suatu lesen yang diberikan dibawah Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. 

Perbuatan berkenaan didakwa di hadapan sebuah rumah di Felda Papan Timur dekat sini dilakukan pada pukul 10 malam 14 Jun lalu. 

Bagi perbuatan itu tertuduh yang juga merupakan jiran mangsa didakwa dibawah Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Akhbar pada 20 Jun lalu melaporkan Nuraqira Khaeefa Muhammad Saad, 7, meninggal dunia 18 Jun lalu selepas empat hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru akibat terkena mercun ketika berada di kediaman keluarganya di Felda Papan Timur di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN