Demi anak, Elly berdamai dengan Azmi dan Faye - Utusan Malaysia

Demi anak, Elly berdamai dengan Azmi dan Faye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Demi masa depan anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia, 2, yang lebih baik, penyanyi Elly Mazlein, 38, mahu memanfaatkan kehadiran Syawal kali ini untuk berbaik-baik dengan bekas suaminya, Azmi Hata dan isteri, Faye Kusairi.

Bahkan, menerusi entri terkini yang dikongsi pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu, dia bersyukur apabila Azmi dan Faye sempat meluangkan masa berkunjung ke rumahnya untuk menziarahi Sefhia.

“Alhamdulillah, pertemuan yang indah antara dua beranak, Sefhia dan bapanya, Azmi di hari yang indah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada yang lebih indah berbanding kebahagiaan si kecil dan semoga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan demi insan yang disayangi,” luah Elly di laman Instagram miliknya semalam.

Tidak ketinggalan, hos program realiti Mentor Otai itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Azmi dan Faye atas kunjungan tersebut.

“Terima kasih Azmi dan Faye. Selamat hari raya,” ucapnya ringkas.

Entri tersebut bukan sahaja disambut baik oleh Azmi dan Faye, malah menerima maklum balas positif daripada rakan-rakan artis serta ribuan pengikutnya yang mahu melihat ketiga-tiga individu terbabit berdamai.

Perkahwinan Elly dan Azmi yang juga seorang pengarah drama berakhir pada 15 Oktober 2015 setelah mengharungi hidup sebagai pasangan suami isteri pada 9 November 2014.

Azmi kemudiannya menikahi Faye pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini