Dari Rusia ke Leicester, Musa ledak dua gol sensasi - Utusan Malaysia

Dari Rusia ke Leicester, Musa ledak dua gol sensasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VOLGOGRAD 23 Jun – Ahmed Musa bukanlah penyerang yang menyerlah ketika menyarung jeris Leicester City dan lebih banyak memanaskan kerusi simpanan, tetapi beliau mencatat nama di dalam rekod Piala Dunia apabila mengegarkan jaring lawan sebanyak dua kali di Rusia menyaksikan Iceland tenggelam di tangan Nigeria.

Dua gol penyerang berusia 25 tahun itu pada separuh masa kedua memastikan Super Eagles terus berada di landasan untuk memburu tempat 16 pasukan layak ke pusingan seterusnya.

Selepas malam gemilang itu, mereka kini perlu berdepan Argentina yang ibarat harimau yang cedera selepas diaibkan oleh pasukan underdog Croatia tempoh hari di Saint Petersburg. Kemenangan ke atas Argentina akan mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya.

Musa merupakan satu-satunya pemain Nigeria yang menjaringkan empat gol pada Piala Dunia dan juga antara pemain yang menjaringkan gol dalam penampilan edisi berasingan.

Selain Musa pemain Afrika yang mencatatkan dua gol dalam dua edisi Piala Dunia ialah Roger Milla pada tahun 1990.

Ketika berusia 21 tahun Musa menjaringkan dua gol empat tahun lalu ketika pasukan negaranya bertembung dengan Argentina yang dikepalai oleh Lionel Messi dan menyaksikan Nigeria tewas 2-3.

Musa berpindah ke Leicester dari CSKA Moscow pada tahun 2016 dengan rekod perpindahan kelab iaitu sebanyak kira-kira AS$22 juta, beliau menjarikan dua gol pertama ketika tewas 4-2 perlawanan persahabatan menentang Barcelon yang turut diketuai oleh Messi.

Selepas itu dia berjaya memecah kebuntuan gol pada Oktober tahun berkenaan dengan jaringan satu gol ketika pasukannya menewaskan Crystal Palace 3-1.

Persembahan kurang meyakinkan menyebabkan beliau tidak tersenarai dalam kesebelasan utama dan terus tenggelam di Stadium King Power dengan kehadiran Jamie Vardy, Shinji Okazaki dan Leonardo Ulloa.

Jurulatih Nigeria, Gernot Rohr akhirnya menyarankan dia kembali ke kelab asalnya secara dipinjam bagi meningkatkan prestasi dan jam terbangnya dan ternyata langkah itu sangat berkesan.

“Mereka yang membantu saya. Kalau bukan kerana CSKA, saya tidak akan dapat beraksi di Piala Dunia,” katanya.

Gol Musa ketika menentang Iceland dikatakan setaraf dengan jaringan Dennis Bergkamp pada masa kecederaan ketika Belanda menyingkirkan Argentina pada suku akhir Piala Dunia 1998.

Dua puluh tahun kemudian Musa berpeluang untuk menyingkirkan Messi dan Argentina.

“Saya rasa menjaringkan gol menentang Argentina tidak terlalu susah buat saya,” katanya tersenyum selepas diumumkan sebagai pemain terbaik perlawan di Volgograd.

“Saya masih ingat empat tahun lalu ketika Messi bermain di Brazil dan saya menjaringkan dua gol,” katanya.

“Apabila saya berpindah ke Leicester saya menjaringkan dua gol ketika Messi bersama Barcelona.”

Musa berkata, dia akan kekal di CSKA, tetapi dengan prestasi yang mengagumkan itu kelab-kelab utama di Eropah kini sedang berusaha untuk mendapatkan khidmatnya.

“Saya kena kembali ke Leicester,” katanya, tetapi memberitahu kini tumpuannya adalah untuk pasukan Nigeria. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN