NIZHNY Novgorod – Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic memuji Marcelo Brozovic dan Ivan Strinic kerana peranan mereka mematikan langkah Lionel Messi ketika kemenangan 3-0 ke atas Argentina dalam aksi Piala Dunia 2018 kelmarin. Messi sekali lagi gagal menepati jangkaan apabila Croatia meraih kemenangan bergaya dalam perlawanan kedua Kumpulan D menerusi gol jaringan Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic. Brozovic disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk bermain sebagai pemain tengah bertahan di…










