Croatia malukan Argentina 3-0 - Utusan Malaysia

Croatia malukan Argentina 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIZHNY NOVGOROD 22 Jun – Croatia melakar kejutan apabila mengatasi pasukan pilihan Agentina 3-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Dunia sebentar tadi, sekali gus mengesahkan diri ke peringkat 16 terakhir lebih awal.

Tiga gol tersebut dijaringkan oleh Ante Rebic pada minit ke-53, diikuti kapten Luka Modric 27 minit kemudian, sebelum Ivan Rakitic melengkap kemenangan bergaya pada masa kecederaan di babak kedua.

Juara dunia dua kali, Argentina yang dibintangi penyerang prolifik Barcelona, Lionel Messi berdepan misi sukar untuk mara ke peringkat kalah mati selepas hanya memungut satu mata daripada dua perlawanan, manakala Croatia muncul pendahulu Kumpulan D dengan enam mata.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN