Costa Rica hilang tekanan selepas tersingkir - Utusan Malaysia

Costa Rica hilang tekanan selepas tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIZHNY NOVGOROD, Rusia 28 Jun – Jurulatih Costa Rica, Oscar Ramirez mengakui sebaik sahaja wisel penamat perlawanan terakhir Kumpulan E ditiupkan segala tekanan hilang walaupun mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal.

Costa Rica menjadi satu-satunya pasukan dari Amerika Tengah yang gagal mendapatkan gol akhirnya menamatkan penantian mereka apabila berjaya mengikat Switzerland 2-2 dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Nizhny Novgorod.

Dua gol Los Ticos masing-masing dijaringkan oleh Kendall Waston dan jaringan sendiri penjaga gol Switzerland, Yann Sommer yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri. Costa Rica diberikan penalti namun rembatan Denis Zakaria terkena palang.

“Tidak sama untuk bermain perlawanan di mana anda tidak berdepan sebarang kerugian. Hari ini saya fikir pasukan kami bermain tanpa sebarang tekanan, Pemain lebih bebas,” kata Ramirez.

Terdahulu Costa Rica tewas 0-1 kepada Serbia sebelum kalah 0-2 di tangan Brazil.

“Kumpulan kami sangat sukar. Kami ada beberapa peluang dan kami boleh memperoleh keputusan berbeza namun inilah bola sepak,” kata jurulatih berusia 53 tahun itu lagi.

Ramirez kelihatan penuh beremosi di penghujung sidang media kerana empat tahun lalu mereka mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan malah mara ke peringkat suku akhir buat pertama kali.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN