Connie ‘pecah tabung’ ke Eropah - Utusan Malaysia

Connie ‘pecah tabung’ ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMEGANG rekod lempar cakera wanita negara, Choo Kang Ni sanggup mengeluarkan duit sendiri dianggarkan hampir RM10,000 semata-mata mahu berlatih dan bertanding di benua Eropah selama sebulan.

KANG NI (kanan) kini menjalani latihan bersama jurulatihnya, Petrovic di Nitra, Slovakia sebelum beraksi pada kejohanan di Belgium, Sabtu ini.

Kang Ni, 24, sedar dia perlu berkorban dan mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan prestasinya ke satu tahap baharu dengan lemparan sejauh 50 meter (m) kerana catatan peribadinya yang juga rekod kebangsaan cuma 47.91m.

Memuatkan artikel berkaitan…

Atlet dari Muar, Johor yang lebih mesra dipanggil Connie itu mahu merasai suasana latihan baharu serta bertanding dengan ja­guh-jaguh lebih handal memandang­kan dia tidak boleh dikalahkan apabila beraksi di Malaysia.

“Saya mahu mencari pengalaman baharu dan cuba menukar suasana latihan kerana sudah selesa dengan keadaan sekarang. Sudah tentu ia akan banyak membantu meningkatkan tahap persembahan saya.

“Ini kali pertama saya berlatih di luar negara tetapi saya datang sendiri, bukan KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia) hantar. Saya juga perlu guna banyak duit simpanan sendiri hampir RM10,000 untuk tujuan tersebut.

“Setakat ini, saya sudah habiskan RM3,500 untuk tiket penerbangan, itu pun saya pilih untuk dua kali transit. Apabila pulang nanti baru boleh kira jumlah ke­seluruhan tetapi saya akan pinjam dahulu daripada jurulatih kalau (wang) tidak cukup.

“Saya lakukan ini agar dapat meningkatkan tahap keupayaan diri dan ini adalah peluang terbaik untuk saya belajar. Saya akan duduk di Malaysia sahaja jika tidak buat begini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu kini berlatih di Nitra, Slovakia bersama jurulatihnya, Frantisek Petrovic dan jaguh lempar cakera Asia Tenggara yang juga pemegang rekod kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin.

Kang Ni akan beraksi pada kejohanan pertama di Belgium, Sabtu ini dan dua lagi kejohanan sebelum pulang ke tanah air 23 Julai depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini