PETALING JAYA 14 June – Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan ditemukan maut setelah terperangkap dalam satu kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, hari ini. Nazrin ditemukan di tingkat atas rumahnya, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din. Beliau menambah, mayat Nazrin ditemukan di dalam sebuah bilik yang dipenuhi asap, dengan kesan kebakaran sebanyak 30 peratus di badannya. “Mayat beliau telah dihantar ke Pusat Perubatan…










