KUALA LUMPUR – Menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan tidak sama dan semeriah menyambutnya di tanah air sendiri.
Selain juadah yang berbeza, suasana ahli keluarga berkumpul pada pagi raya juga tidak dapat dirasai oleh mereka yang berada di perantauan.
Itulah apa yang dirasai oleh anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) 850-5 yang melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).
Penolong Ketua Elemen Jurutera Malbatt 850-5, Kapten Mohd. Hafiz Shaharudin, 32, yang pertama kali berhari raya tanpa keluarga di sisi berkata, ia satu pengalaman baharu dalam hidupnya.
“Sudah pasti rasa rindu kepada keluarga itu ada lebih-lebih lagi ini adalah pertama kali saya mengikuti Malbatt dan jauh daripada mereka. Juadah dan suasana berhari raya di tanah air adalah antara saat yang paling saya rindui.
“Bagi mengurangkan rasa rindu itu, saya banyak memenuhkan masa dengan pelbagai aktiviti termasuk bersukan dan beriktikaf di masjid,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini baru-baru ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.









