Celcom perkenal perkhidmatan Ejen Maya Pintar - Utusan Malaysia

Celcom perkenal perkhidmatan Ejen Maya Pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jun – Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan saluran terkini dalam melayani pelanggan iaitu perkhidmatan Ejen Maya Pintar.

Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pengalaman Celcom, Rene Werner berkata, perkhidmatan tersebut menggabungkan kecanggihan kepintaran buatan (AI) dan teknologi pembelajaran mesin (machine learning) untuk melahirkan dua karakter maya iaitu Clive dan Emma.

Menurut beliau, Clive dan Emma memiliki personaliti tersendiri dan akan berinteraksi dengan pelanggan 24 jam sehari berkaitan pertanyaan serta transaksi.

“Clive dan Emma mampu memulakan perbualan dengan pengguna menerusi sentuhan peribadi. Ciri pembelajaran mesin membolehkan dua karakter maya ini mengenalpasti soalan secara automatik melalui sistem berasaskan pengetahuan yang akan ditambah baik keberkesanannya dari semasa ke semasa.

“Mulai hari ini Clive dan Emma akan berada di khidmat pelanggan dalam talian Celcom untuk memberi maklum balas kepada pelanggan,” katanya ketika pembentangan perkhidmatan Ejen Maya Pintar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN