KUALA LUMPUR 10 Jun – Co-opbank Persatuan (CBP) akan melaksanakan penjenamaan semula sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam sektor perbankan di negara ini. Pengerusinya, Kamari Zaman Juhari berkata, pada peringkat permulaan pihaknya berhasrat untuk menukar nama bank koperasi tersebut kepada Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) supaya dilihat lebih profesional dan berintegriti. Katanya, pelaksanaan penjenamaan semula ini sudah mendapat kelulusan di peringkat Mesyuarat Agung CBP dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia…










