KUALA LUMPUR 10 Jun – UMNO perlu menubuhkan satu Majlis Penasihat Presiden yang dianggotai veteran parti termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi memberikan pandangan dan nasihat kepada pemimpin utama dalam menentukan hala tuju parti keramat Melayu tersebut. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, ini bagi membuka jalan kepada Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi mengisi…










