Cuaca yang tidak menentu kini menjadi cabaran kepada umat Islam di Malaysia untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, cuaca panas terik di perairan tidak menjadi penghalang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk meneruskan Op Pasir bagi memperkasa keselamatan pantai timur Sabah dan menguatkuasakan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Pegawai Memerintah Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah, Komander Mohd. Effendy Mohd. Shuib berkata, selain faktor cuaca, keadaan…










