Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam tempoh 15 bulan - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam tempoh 15 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam tempoh 15 bulan hari ini, berikutan  jualan pada saat akhir.

Peniaga berkata, penanda aras pasaran ditutup  pada paras terendah dalam sehari untuk hari kedua berturut-turut hari ini, ketika pelabur yang memasuki pasaran pada sesi lebih awal mengambil untung, menyebabkan bursa tempatan terus mengalami kejatuhan ketika ditutup.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 5.61 mata atau 0.32 peratus kepada 1,709.75, paras terendah sejak 3 Mac 2017 apabila ia berakhir pada 1,708.38.

Indeks itu dibuka 4.30 mata lebih tinggi kepada 1,719.66 berbanding 1,715.36 ketika ditutup pada Selasa dan bergerak antara 1,709.75 dan 1,728.69 sepanjang hari.

Suasana pasaran bagaimanapun positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 439 berbanding 356, manakala 407 kaunter tidak berubah, 1,911 tidak diniaga dan 24 lagi digantung.

Perolehan berjumlah 1.84 bilion saham bernilai RM2.21 bilion.

Peniaga bagaimanapun berkata, prestasi lemah di Bursa Malaysia mengetepikan trend serantau yang melantun semula daripada kerugian semalam berikutan dasar kewangan China yang lebih longgar. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN