Bunuh pemandu Grab : Dua warga Myanmar ditahan - Utusan Malaysia

Bunuh pemandu Grab : Dua warga Myanmar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun- Polis menahan dua warga Myanmar bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, yang ditemukan maut di dalam kereta miliknya di Taman Selayang Makmur, Gombak dekat sini Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng berkata, lelaki dan wanita berkenaan ditahan kira-kira pukul 1 pagi ini di sekitar Selayang.

“Bertindak atas hasil maklumat, polis menahan lelaki berusia 32 tahun dan wanita berusia 20-an bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita telah mendapatkan perintah reman bagi menyiasat sama ada kedua-dua suspek merupakan penumpang terakhir yang menggunakan khidmat mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN