Bulu anjing dirapi seperti biri-biri - Utusan Malaysia

Bulu anjing dirapi seperti biri-biri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Seekor anjing menjadi sensasi di internet selepas bulunya dirapi hingga kelihatan seperti biri-biri oleh seorang pendandan baru-baru ini.

Pendandan anjing, Yoriko Hamachiyo telah memuat naik gambar anjing poodle bernama Sesame milik seorang pelanggannya di laman Instagram selepas merapi bulu haiwan itu membentuk seperti bulatan di salunnya.

Kebanyakan pengguna internet memuji kreativiti Hamachiyo yang berjaya mengubah penampilan asal Sesame kepada sesuatu yang unik.

“Ia membuatkan saya mahu memiliki seekor anjing poodle, jadi saya boleh membawanya berjumpa pendandan,” komen seorang individu.

Beberapa keping gambar Sesame yang diambil dalam pelbagai posisi menunjukkan aksi comel haiwan itu dengan gaya bulu barunya.

Gambar-gambar itu telah menerima lebih 2,000 likes di Instagram serta beratus-ratus komen dan permintaan dari penggemar anjing untuk melihat lebih banyak gaya Sesame, menurut Simple Most. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN