MOSCOW – Juara lima kali, Brazil melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik Kejohanan Piala Dunia 2018 FIFA tanpa masalah selepas muncul juara Kumpulan E dengan menewaskan Serbia 2-0 pada aksi terakhir di Stadium Spartak, Moscow, Rusia awal pagi ini. Brazil turun beraksi dalam pertemuan ini dengan hanya memerlukan keputusan seri untuk mara selepas terikat empat mata dengan Switzerland hasil satu kemenangan dan satu seri, namun mendahului kumpulan menerusi kelebihan jaringan.…










