KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memulakan aktiviti rondaan di beberapa kawasan panas yang telah dikenal pasti menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, berdasarkan laporan statistik, pihaknya mendapati kebakaran menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kerap terjadi berikutan kesibukan menyediakan juadah serta kuih-muih sehingga lewat malam. “Anggota bertugas akan melakukan rondaan di beberapa lokasi bermula seminggu sebelum…










