SIBU – Enam individu yang dikhuatiri sesat di hutan Salem Belalang Sibu Jaya di sini sejak pagi semalam dijumpai tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, empat mangsa dijumpai dalam keadaan lemah pada awal pagi manakala dua lagi dijumpai pukul 11.30 pagi tadi berdekatan Jalan Dudong di sini. Menurutnya, bomba menerima panggilan pada pukul 9.15 malam tadi daripada orang awam yang memaklumkan keenam-enam mangsa tidak pulang…










