Bolt berdepan kemungkinan hilang emas Olimpik - Utusan Malaysia

Bolt berdepan kemungkinan hilang emas Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINGSTON 31 Mei – Manusia terpantas dunia Usain Bolt dari Jamaica berdepan kemungkinan kehilangan pingat emas yang dimenanginya dalam Sukan Olimpik 2008 di Beijing, jika pengumuman keputusan oleh Mahkamah Timbang Tara Mengenai Sukan tidak menyebelahi rakan senegaranya.

Semuanya berkaitan rayuan rakan sepasukannya dalam acara 4×100 meter iaitu Nesta Carter yang positif dalam ujian doping ketika itu dengan Mahkamah Timbang Tara yang berpengkalan di Switzerland sudah selesai mendengar kes tersebut pada November tahun lalu.

Carter disahkan positif dadah peransang jenis methylhexaneamine menyebabkan emas yang dimenanginya bersama Bolt, Asafa Powell, Michael Frater dan Dwight Thomas ditarik balik.

Carter telah memfailkan rayuan tetapi terpaksa menunggu keputusan yang agak lama untuk dibuat. Setiausaha Agung tribunal, Matthieu Reeb bagaimanapun memberi jaminan kes itu akan berakhir dalam minggu ini.

“Saya yakin kes Carter akan dimuktamadkan sebelum hujung minggu ini,” katanya ringkas.

Sebelum itu, kuartet Jamaica tersebut telah pun diarah memulangkan pingat emas yang dimenangi mereka kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada Januari 2017. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN