BN sembah takziah kepada bonda Sultan Johor - Utusan Malaysia

BN sembah takziah kepada bonda Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Jun – Barisan Nasional (BN) dan UMNO Johor merafak sembah takziah ke atas kemangkatan bonda Sultan Johor, Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau mewakili keluarga serta semua pemimpin dan ahli parti berdoa semoga roh Almarhum ditempatkan dalam golongan mereka beriman.

“Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyampaikan sembah takziah bagi pihak saya, keluarga dan ahli UMNO serta BN.

“kita doakan mudah-mudahan roh Almarhum bonda Sultan Johor diletakkan dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Desa Perwira di sini sebentar tadi.

Bonda kepada Sultan Johor, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah mangkat di Hospital King Edward VII London, United Kingdom pada pukul 7.55 malam (waktu London) semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN