AWANG menyambut baik kesediaan anggota UMNO menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan parti itu akhir bulan ini. Semakin ramai menyatakan kesediaan. Lebih menarik ia melibatkan muka lama dan baharu serta orang muda yang bersedia memecah ‘tradisi’ pertandingan sebelum ini. Tahniah kepada mereka yang berani menawarkan diri ketika parti dalam kedudukan paling menyedihkan. Peluang terbuka ini perlu digunakan sepenuhnya dengan hasrat untuk membantu memulih dan membangunkan semula UMNO. Penawaran…










