BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 23 JUN 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 23 JUN 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG yakin pemilihan pemimpin-pemimpin sayap UMNO – Wa­nita, Pemuda dan Puteri di semua peringkat bahagian dan Pusat hari ini akan dilakukan dengan lebih bebas, tidak terikat dengan calon pilihan mana-mana bahagian dan pada masa sama memilih dengan berhati-hati.

UMNO tidak boleh hidup dalam mentaliti lama dan amalan ­tertentu yang telah diketahui merosakkan parti ini.

Pemilihan kali ini harus berdasarkan kepada pemimpin mana yang diyakini dapat menjalankan tugas dengan baik, ikhlas dan bertanggungjawab dengan cabaran yang amat getir menanti di hadapan, bukan hanya tahu menyalahkan pihak lain apabila berlakunya kegagalan seperti kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Kekalahan teruk pada pilihan raya lalu memberi isyarat bahawa UMNO patut berubah dan tidak seharusnya meneruskan perangai lama. Tidak kira peringkat, ketua, naib ketua, dan exco-exconya perlu bekerja keras dan memperbetulkan apa yang tidak betul. Bukan sekadar bergantung kepada ketua dan yang lain selesa berdiam diri atau bercakap di belakang.

Sesiapa pun yang dipilih, ia bukanlah jawatan yang mahu dibangga-banggakan. Sebaliknya, yang dipilih perlu terus bekerja kuat untuk memulihkan semula imej, keyakinan dan kepercayaan orang Melayu dan rakyat Malaysia terhadap parti ini.

AWANG – Selamat memilih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN