AWANG ucapkan selamat maju jaya kepada calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini. Kesemua mereka ada track record masing-masing yang sepatutnya perlu dijadikan sandaran oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk membuat keputusan. Apapun pemilihan kali ini amat penting untuk UMNO. Sama ada UMNO mampu bangkit semula atau tidak, ia bergantung kepada barisan kepemimpinan yang dipilih oleh ahli-ahli. Oleh itu, Awang berharap ahli-ahli UMNO akan membuat keputusan tepat. Walaupun…










