BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 12 JUN 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 12 JUN 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG setuju supaya pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih bersabar dan tidak emosi ketika menjalankan operasi penguatkuasaan. Gunakan pendekatan yang lebih bijaksana dalam menyelesaikan isu berhubung pelanggaran undang-undang termasuk melibatkan lesen dan permit perniagaan.

Begitu juga dengan binaan sementara termasuk gerai jualan tanpa kelulusan PBT. Situasi ini dapat dilihat di kebanyakan tempat yang lokasinya mungkin di tepi-tepi jalan utama atau di kawasan perumahan. Mereka ini hanya bermodal kecil.

Pada musim perayaan, banyak gerai jualan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kebiasaannya golongan peniaga ini mengambil peluang setahun sekali dengan kehadiran perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina atau Deepavali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. Kadang-kadang disebabkan lokasi serta mungkin ada aduan oleh pihak tertentu, penguat kuasa mengambil tindakan meroboh gerai, merampas atau menyita barangan yang diniagakan. Akhirnya timbul salah faham dan berlaku pergaduhan.

Awang simpati melihat barangan yang diniagakan dirampas atau rosak akibat tindakan penguat kuasa. Modal musnah, hasil tidak ada. Ingatlah, peniaga-peniaga ini hanya mahu berniaga untuk tempoh beberapa hari sahaja. Mereka menjual lemang, kuih muih, minuman dan pelbagai lagi. Berilah sedikit ruang dan kelonggaran sekiranya tapak perniagaan itu hanyalah bersifat sementara dan tidak mengganggu lalu lintas.

AWANG – Tidak sekat rezeki orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini