KUALA LUMPUR 7 Jun – Pas bimbang jika kelakuan sesetengah pihak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V merupakan tindakan terancang untuk meruntuhkan institusi raja-raja Melayu. Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, rasa tidak puas hati terhadap Seri Paduka tidak boleh menjadi tiket untuk menghina dan mengecam terutama Yang di-Pertuan Agong adalah sebuah institusi yang menjadi payung negara. Beliau juga khuatir sekiranya tindakan terancang itu bermaksud…










