Bilangan pelancong menaiki Langkawi Skycab terus meningkat - Utusan Malaysia

Bilangan pelancong menaiki Langkawi Skycab terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Lebih ramai pelancong dijangka menaiki Langkawi SkyCab, sebuah sistem kereta kabel yang dikendalikan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. tahun ini, meskipun berlaku  satu insiden kerosakan sistem kereta kabel berkenaan pada Februari lepas.

Pengarah Panorama Langkawi, Datuk Azizan Noordin berkata, perjalanan menaiki kereta kabel yang menjadi tarikan utama pelancong di pulau ini sejak lebih 15 tahun lepas, disasarkan untuk menerima 1.5 juta pengunjung berbanding 1.2 juta yang direkodkan tahun lepas.

“Berdasarkan bilangan pelancong yang datang selepas kejadian itu Februari lepas, ternyata ia tidak memberi sebarang kesan negatif dan tidak menghalang pelancong daripada terus menaiki kereta kabel itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa anjuran Panorama Langkawi malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian 18 Februari itu, seramai 1,048 pelancong dan 78 kakitangan terkandas di puncak gunung serta di dalam kereta kabel apabila sistem mengalami kerosakan. Bagaimanapun, kesemua mereka selamat dibawa turun kira-kira tujuh jam kemudian.

Beliau berkata, sejak kejadian itu selain menggantikan bahagian dan kabel yang rosak, penyelenggaraan menyeluruh dilakukan oleh pembekal sistem, Doppelmayr Garaventa Group dari Austria. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini