PUTRAJAYA 25 Jun – Hari berganti hari, minggu berganti minggu namun senarai ahli Kabinet baharu yang dinanti-nantikan masih belum diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi memenuhi kekosongan di beberapa buah kementerian. Hari ini pula berlegar dalam media-media sosial senarai ahli Kabinet yang entah datang dari sumber mana walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri masih mengunci mulut untuk membuat pengumuman rasmi mengenainya. Beberapa sumber ketika dihubungi memaklumkan Pakatan Harapan…










