WAKTU makan tengah hari di daerah Ximending, Taipei yang dianggap sebagai syurga makanan boleh menjadi medan ujian kesabaran buat segelintir penduduk dan pelancong. Di situ orang ramai ditawarkan aneka jenis mi, ladu kukus atau goreng dan penkek lebih mudah ditemui berbanding nasi. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FOA) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, populariti nasi sebagai sumber tenaga utama menjunam lebih dua pertiga apabila sebilangan besar penduduk Taiwan beralih kepada…










