KOTA BHARU 6 Jun – Pas Kelantan akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang memperkenan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baharu. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan telah dibuat Sultan Muhammad V dan Pas Kelantan wajar menghormati keputusan Seri Paduka. “Pas Pusat pun sudah keluarkan kenyataan rasmi berhubung perlantikan, bagi saya, tidak perlu mengulas lebih lanjut lagi memandangkan perkara ini sudah dipersetujui.…










