Bersihkan hati pesan Zahirah - Utusan Malaysia

Bersihkan hati pesan Zahirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPENA ketibaan Syawal tidak lama lagi, pelakon Zahirah MacWilson, 23, ini nekad tidak mahu mengimbas kembali pengalaman pahit dek percintaannya yang putus separuh jalan dengan bekas kekasih, Zul Ariffin, 31. Wah, ini adalah perkembangan yang sangat positif.

Lebih-lebih lagi apabila Zahirah mengkhabarkan yang dirinya sudah pun mengibarkan bendera kemaafan kepada kekasihnya itu. Dah salam kosong-kosong. Dia sudah memaafkan semua salah silap Zul dan melupakan segala-galanya. Zahirah juga mengharapkan Zul berbuat perkara yang sama terhadapnya.

Hatinya mahu tenteram dengan cara menguraikan segala dendam yang tersirat sepanjang tiga tahun menjadi pasangan kekasih. Atas sebab itu, sempena bulan Ramadan penuh keberkatan ini, Zahirah mengambil kesempatan untuk menghapuskan sengketa dengan Zul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pernah melalui saat yang lebih mengecewakan dalam hidup apabila kedua-dua orang tua bercerai dua tahun lalu. Jika hendak dibandingkan dengan isu putus cinta saya dengan perceraian mereka, terlalu jauh ketinggalan.

“Saya mahu bersihkan hati. Tak nak berdendam. Lagipun dendam itu tidak bagus. Saya juga tidak akan mengalah dengan apa yang berlaku,” kata Zahirah yang dilihat semakin susut tubuhnya lantaran kerja berterusan sejak awal tahun lagi.

Betul tu Zahirah. Mary Jane yakin ramai yang setuju dengan tindakan awak tu. Hidup mesti diteruskan. Zahirah masih muda dan masa depan pun masih panjang lagi. Jangan sia-siakan masa semata-mata kerana putus cinta, melepek-lepek frust menonggeng. Itu fesyen lama, buang masa saja.

Lagi pun orang cantik macam Zahirah ni, subuh putus cinta, waktu berbuka sudah ada yang nak datang melamar. Kan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini