Malaysia merupakan syurga makanan dunia. Rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum menghasilkan satu perkongsian cita rasa. Pertembungan budaya membawa kepada pelbagai hasil masakan yang amat lazat dan ia lebih meriah apabila tibanya musim perayaan. Ketika itu, masyarakat akan dihidangkan dengan pelbagai juadah tanpa mengira waktu dan tempat. Tabiat mengambil makanan secara berlebihan menjadi pintu masuk kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit khususnya diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, apatah lagi apabila selera makan melampau yang dilayan tanpa berfikir panjang akan merosakkan hidup sendiri tanpa disedari.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya